Tuesday, 24 November 2015

Pak Mus Nasi Ayam Gemas

Sabtu lepas, berlepas ke Segamat untuk jemput Mummy CT. Sampai Segamat sempat bersarapan Nasi Lemak yang tersangatlah murah harganya berbanding harga Nasi Lemak di Kota Metropolitan ni. Selesai urusan Mummy CT, jam dah menunjukan jam 2petang. Haruslah perut berkeroncong lagi kan. Pusing-pusing Segamat, jumpalah dengan restoran Nasi Ayam Pak Mus. Kedai ni terletak di Jalan Bistari 4/8, berhampiran Taman Yayasan Jalan Segamat Kuantan/ Muadzam Shah. Dari tepi jalan besar dah nampak kedai ni, Sign Boardnya pun sangat menarik, Tak susah cari.

 dari tepi jalan nampak dah kedai ni

 owner kedai, muka sebiji macam dalam gambar ni cuma misainya warna hitam bukan putih..

 set nasi ayam.. RM6.50. Ayamnya sangat garing.. nasi banyak. sup pun berasa..memang sedap 

menu yang terdapat dalam kedai ni..

Jadi kepada sesiapa yang nak ke Kuantan dan lalu Segamat, sudi-sudilah singgah.. Memang sedap!

Wednesday, 4 November 2015

Keriang Hill, Kedah


Siapa suka suasana kampung tapi takde kampung? Well, Keriang Hill, Kedah ada jawapannya. Anda boleh menyewa sebuah rumah kampung seperti di atas untuk memenuhi keinginan anda. Very the beautiful. Terletak di kaki gunung Keriang berhadapan dengan Muzium Padi di Kedah.

Dari Toll Alor Star Utara, just head straight towards Kangar. You'll see the sign board heading to Muzium Padi. Just follow the sign Keriang Hill is located in front of Muzium Padi. 

We'll, we found this place by coincidence. We actually picking up trail after 10 years leaving Kedah. And was amazed by this new Kampung Resort. Once we had the chance to stay, will write more about this ok. Till then daaaa..

Sunday, 1 November 2015

Petronas Sky Bridge

Tak Malaysianlah kalau tak naik Sky Bridge KLCC. At least once in your life time. Okay maybe ramai yang akan kata..buat apa nak naik atas tu bukan ada apa pun..takat naik atas tengok bawah benda kecik-kecik...tak best pun. I'm sure ramai yang akan cakap macam ni or, mahal la tiket tak baloi.

Okay, jom fikir secara positif.. KLCC adalah mercu tanda Malaysia dimata dunia. Menara berkembar tertinggi didunia. Satu-satunya. Tidak banggakah kita sebagai rakyatnya? Dengan ketinggian 452 meter atau 88 tingkat tingginya memaparkan senibina moden dengan gabungan estetika reka bentuk Timur dan Barat melalui gabungan seni jalinan keluli dan kaca. Kepada yang ada anak-anak dan berhasrat nak jadikan anak jurutera mahupun arkitek, eloklah bawa anak-anak kesini supaya minat terhadap senibina timbul dalam diri mereka dari kecil. Amazed them by showing the gaps between the bridge and the building. Mesti ramai tak tahu kan bahawasanya jambatan yang menghubungkan kedua menara di aras 41 dan 42 itu dibina tidak bersambung dengan kedua-dua menara. Sebaliknya ianya tergantung dan akan mengembang mengikut keadaan cuaca diluar. Menarik bukan? 

jom naik menara Mrs. F

 untuk nak naik menara, boleh dapatkan tiket di :
Menara Berkembar Petronas,
Aras Concourse,
Menara Berkembar Petronas, KLCC
call : 03 2331 8080
email : skybridge@petronas.com.my
(untuk kesini ambil eskalator turun kebawah dari ruang legar kedua-dua menara : berhapiran dengan Dewan Philharmonik)

Haga tiket (Termasuk GST):
Dewasa : RM84.80 MyKad RM 26.50
Kanak-Kanak : RM 31.80 MyKid RM 12.70

 Sila berada 15 minit awal sebelum masa naik ya.. lepas scan tiket anda akan diberi pass mengikut warna.  Maka bermulalah pengembaraan menaiki lilf terpantas di Malaysia menuju ke Sky Bridge.

Membelakangkan Kuala Lumpur dari ketinggian 170m..


Rezeki masa hari lawatan, cuaca cerah, boleh nampak full view of Kuala Lumpur sampai ke Genting.

Setiap kumpulan akan diberikan masa 10 minit untuk menikmati pemandangan dari Sky Bridge ini. Pelawat hanya diberikan untuk berada di laluan bawah Sky Bridge ini, manakala laluan atas dikhaskan untuk petugas Petronas dan tetamu-tetamu kenamaan. 

Kelihatan Menara KL di belakang tabir..

Selepas tamat masa 10 minit, kita akan dibawa ke Observation Deck di tingkat 86 atau pada ketinggian 370m dari bumi. Disini kita akan diberikan masa santai selama 20 minit. Suasana lebih tenang disini, banyak stool disediakan bagi kemudahan pengunjung menikmati panorama Kuala Lumpur. Lawatan diakhiri dengan menaiki High Speed lift ke bawah. Telinga agak berdengung,.all you have to do is telan air liur banyak-banyak. Sebelum keluar, lawatilah kedai cenderamata sebelum keluar semula ke Concourse Level. 

Kesimpulannya, nampak macam bosan tapi sebenarnya penuh dengan pengetahuan am. Ambil peluang untuk timba ilmu dari lawatan-lawatan seperti ini, adakalanya sekecil-kecil fakta seperti : kerja-kerja pembersihan menara KLCC ini, dilakukan secara manual dan mengambil masa selama 6 bulan boleh menjadikan anda insan yang hebat dikalangan rakan-rakan anda. Remeber, KNOELWDGE IS POWER!

explore more..

Wednesday, 28 October 2015

Hello

You'll see what i see from here.. Let's explore together and keep all the memories together!!