Sabtu lepas, berlepas ke Segamat untuk jemput Mummy CT. Sampai Segamat sempat bersarapan Nasi Lemak yang tersangatlah murah harganya berbanding harga Nasi Lemak di Kota Metropolitan ni. Selesai urusan Mummy CT, jam dah menunjukan jam 2petang. Haruslah perut berkeroncong lagi kan. Pusing-pusing Segamat, jumpalah dengan restoran Nasi Ayam Pak Mus. Kedai ni terletak di Jalan Bistari 4/8, berhampiran Taman Yayasan Jalan Segamat Kuantan/ Muadzam Shah. Dari tepi jalan besar dah nampak kedai ni, Sign Boardnya pun sangat menarik, Tak susah cari.
dari tepi jalan nampak dah kedai ni
owner kedai, muka sebiji macam dalam gambar ni cuma misainya warna hitam bukan putih..
set nasi ayam.. RM6.50. Ayamnya sangat garing.. nasi banyak. sup pun berasa..memang sedap
menu yang terdapat dalam kedai ni..
Jadi kepada sesiapa yang nak ke Kuantan dan lalu Segamat, sudi-sudilah singgah.. Memang sedap!
No comments:
Post a Comment